Hidup Kita Di dalam 3 Hari
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI 1. Semalam : Sudah menjadi sejarah 2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan 3. Esok : Hari yang belum pasti Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: 1. Nafas Naik 2. Nafas Turun Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT: 1. Kekal di dalam neraka 2. Kekal di dalam syurga Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejah